Monday 30 November 2015

AMARAN Kepada Semua WANITA!! Jangan DEDAHKAN Ini Kepada Lelaki! Kalau Tidak? Lelaki akan ambil Kesempatan atas ANDA!!

AMARAN Kepada Semua WANITA!! Jangan DEDAHKAN Ini Kepada Lelaki! Kalau Tidak? Lelaki akan ambil Kesempatan atas ANDA!!



#Berbincang dengan suami atau teman lelaki adalah perkara biasa dan positif dalam hubungan antara dua insan, namun ada beberapa perkara yang tidak boleh atau sepatutnya dipendam saja. Kenalilah pasangan anda terutamanya lelaki, semoga tips dibawah berguna kepada kita.

Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan' si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.


Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang perkataan itu jauh-jauh.

Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.



SAYU!! HAJAT PAK YUS UNTUK BERKAHWIN TAK TERCAPAI!!

SAYU!! HAJAT PAK YUS UNTUK BERKAHWIN TAK TERCAPAI!!



#Jenazah pelawak Yus atau nama sebenar Yussry Edoo, 39, telah selamat dikebumikan kira-kira jam 2.45 petang semalam, di tanah perkuburan Islam Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam, Bintong.

Ribuan peminat termasuk saudara mara, rakan artis turut melawat dan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan tersebut.

Antara rakan artis yang kelihatan ialah Angah, Tauke (Jambu), Achey dan Abam (Bocey) Khairi Safwan, Ajak (Shiro), Roy Azman, R2 dan beberapa lagi artis Raja Lawak.

Yus anak bongsu dari tiga adik beradik merupakan anak yatim piatu dan hanya mempunyai seorang abang yang masih hidup.

Abang kepada Yus, Jaafar Edoo, 53, memberitahu bahawa adik bongsunya itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin ketika mereka bertemu dua minggu lalu semasa dia pulang ke kampung tersebut.

Kata Jaafar, Yus tidak pernah memberitahu nama gadis itu namun arwah telah mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinannya.

Selain itu arwah juga pernah merancang untuk membina rumah di kampung ini. Saya rasa terkilan hasratnya itu belum tercapai, bagaimanapun Tuhan lebih menyayanginya, kata Jaafar ketika ditemui di pekarangan Masjid Nurul Iman.

Tambah Jaafar, adiknya itu tidak pernah melupakan kampung halamannya malah sering tidur di rumah saudara mara termasuk rumah rakan-rakan sekampungnya apabila pulang.

Yus selalu membantu saya malah jika saudara mara lain dalam kesusahan dialah yang banyak membantu, katanya lagi.

Sementara itu menurut Angah, sepanjang mengenali Yus sejak penyertaan mereka dalam pertandingan Raja Lawak 2007, Yus tidak pernah mengadu sakit.

Katanya Yus seorang yang pendiam namun memberi komitmen apabila berada di atas pentas atau semasa di set penggambaran.

Dia juga tidak berkira soal wang ringgit malah selalu berkongsi hasil kerjanya dengan rakan-rakan lain, cuma apabila pernah diserang sesak nafas awal tahun lalu, dia sering menasihati saya supaya menjaga makan.

Terlalu banyak kenangan saya bersama Yus, malah saya pernah tinggal serumah dengannya, baru-baru ini juga arwah ada mencadangkan supaya saya menerbitkan silent komedi, tetapi itu masih di peringkat cadangan, tak sangka sahabat saya ini akan pergi dulu ujarnya.

Angah memberitahu dia mendapat berita mengenai kematian Yus kira-kira pada jam 11.30 malam kelmarin selepas dihubungi oleh Mie Raja Lawak yang dalam perjalanan ke Hospital Selayang.




Bertabahlah!! Luahan sayu Datuk Siti Nurhaliza dan punca sebenar kandungan 2 bulan Datuk Siti Nurhaliza setelah sah gugur tanpa disangka-sangka!!

Bertabahlah!! Luahan sayu Datuk Siti Nurhaliza dan punca sebenar kandungan 2 bulan Datuk Siti Nurhaliza setelah sah gugur tanpa disangka-sangka!!



Melalui perkongsian di laman Instagram, Dato’ Siti Nurhaliza telah membuka cerita sebenar mengenai kehamilannya. Menurut Siti, kandungannya itu hanya sempat bersamanya untuk dua (2) bulan sahaja sebelum mengalami keguguran.

“Bismillahirahmannirohhim … Tanggal 1hb Dec… Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang. Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct”

“Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut, kerana Anugerah ini terlalu baru dan ‘FRAGILE’ untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai”

“Ternyata, Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya,” memetik luahan hati penyanyi ini di Instagram.



Perkongsian tersebut membuatkan ramai peminat Siti berdoa agar penyanyi kesayangan mereka kuat menghadapi dugaan. Semoga Dato’ Siti Nurhaliza tabah mengharungi dugaan ini kerana sesuatu yang terjadi, pasti ada hikmahnya.




10 Perkara Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Arwah Yus Jambu

10 Perkara Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Arwah Yus Jambu



Tidak ramai sebenarnya pelawak di Malaysia yang mampu berada dekat di hati rakyat Malaysia. Selain pasaran yang terhad, hakikat bahawa tidak ramai yang mampu menjadi pelawak berkualiti juga menjadi penyebabnya.


Namun dalam golongan yang kecil itu, nama Yus Jambu antara yang mekar dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Justeru tidak hairanlah, pemergiannya ditangisi ramai.

Mari kita imbas kembali perjalanan hidup Yus.

1. Yus, atau nama sebenarnya Yussry Edoo, dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan berasal dari Kangar, Perlis.

2. Mula menceburi bidang seni pada tahun 2001 selepas menyertai pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran sebuah stesen televisyen.

3. Bakatnya mula mendapat perhatian apabila menyertai pertandingan Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007, seterusnya dinobatkan sebagai juara.



Yus dalam program Raja Lawak pada tahun 2007

4. Pada tahun 2011, Yus bersama Tauke membentuk kumpulan Jambu dan menyertai Maharaja Lawak Mega. Mereka berjaya mendapat tempat keempat.

5. Gandingan kedua-dua mereka muncul naib johan Maharaja Lawak Mega edisi 2012.


Kumpulan Jambu dalam satu persembahan pada tahun 2013

6. Pernah dinobatkan sebagai Pelakon Teater Terbaik Kebangsaan pada tahun 2004.

7. Sudah terbabit dalam lebih 20 buah drama dan 11 buah filem.

 Yus Jambu bakal kahwin hujung tahun ini'Virus' nama baru kumpulan 'Jambu'

Pemergian Yus Jambu, rakan artis kongsi kesedihan

8. Antara tagline Yus yang paling mendapat perhatian adalah 'Boleh tuju lagu', 'kicap ada kicap', 'Yaya Toure Manchester City', 'apa pun tak boleh' dan 'kokdiang'.

9. Yus antara artis yang aktif bersama Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC).


12 Foto terbaru Preity Zinta bakal nikahi jejaka Amerika Syarikat, Gene Goodenough

12 Foto terbaru Preity Zinta bakal nikahi jejaka Amerika Syarikat, Gene Goodenough



#AKTRESS cantik Hindustan, Preity Zinta, 40, dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga awal tahun depan.

Menurut laporan Bollywoodlife, Preity kini berpacaran dengan seorang jejaka Amerika Syarikat, Gene Goodenough.

Preity bertemu Gene, 30, seorang penganalisis kewangan di Los Angeles ketika pelakon itu sedang bercuti di negara Uncle Sam, beberapa tahun lalu.

Yang menariknya, ramai peminat sukakan kombinasi nama Preity apabila digabungkan dengan nama keluarga bakal suaminya yang dianggap sangat unik iaitu Preity Goodenough.













Masih ingat Raja Ilya artis popular Malaysia yang fasih berbahasa Tamil dan Urdu, namun cuba tengok 2 foto fesyen busananya di Anugerah Skrin 2015 secara tak sengaja tertayang sesuatu yang tidak sepatutnya!!

Masih ingat Raja Ilya artis popular Malaysia yang fasih berbahasa Tamil dan Urdu, namun cuba tengok 2 foto fesyen busananya di Anugerah Skrin 2015 secara tak sengaja tertayang sesuatu yang tidak sepatutnya!!



Dihargai atas usaha titik peluh menjadi pemangkin semangat seseorang. Begitu yang terjadi dalam hidup Raja Ilya.

Pertama kali dicalonkan dalam anugerah dan memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2015 (ASK2015), Raja Ilya menyifatkan itu permulaan baik buat dirinya untuk terus berada dalam industri lakonan.

“Kalau boleh, kemenangan pertama itu saya tidak mahu ia terhenti di situ sahaja. Saya mahu sentiasa memberi yang terbaik dalam lakonan dan kalau boleh diiktiraf lagi.

“Saya ambil contoh pelakon Fasha Sandha. Bila dia mula popular dan lakonan semakin mantap, dia berterusan memenangi anugerah. Sekali gus, namanya bertahan lama dalam industri.

“Sebaliknya, pada masa kini ramai yang menang anugerah tetapi terus lenyap. Sama ada tidak aktif atau tidak mendapat tawaran bagus,” getusnya yang turut menyenaraikan Lisa Surihani sebagai selebriti yang masih bertahan dalam industri hiburan sehingga kini.

Watak

Sanggup mengetepikan minatnya terhadap sesuatu watak, pelakon berusia 30 tahun itu percaya selera penonton yang menyukainya membawa sesuatu watak itu jauh lebih penting.

“Bagi saya, kepuasan pengarah, stesen televisyen dan penonton lebih penting daripada kepuasan sendiri. Kalau penonton suka saya bawa watak psiko contohnya, saya akan buat,” ujarnya yang bakal berlakon di samping bintang Bollywood iaitu Kajol menerusi filem KL ke Bollywood.



Filem yang turut dibintangi aktor popular Shaheizy Sam itu mengisahkan tentang Raja Ilya yang membantu Sam untuk berlakon di Bollywood. Ibarat mimpi menjadi nyata, Sam dan Raja Ilya akhirnya dapat bertentang mata dan berlakon bersama bintang kesayangan ramai itu.

“Rasa gementar sangat dapat berlakon dengan Kajol. Saya tak tahu macam mana nak berinteraksi dengan dia. Tak dapat nak bayangkan buat pertama kali jumpa dengannya. Masakan tidak, sejak dari kecil suka tengok lakonannya. Kami akan menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dan juga Mumbai, India nanti.

“Selain itu, saya dan Sam juga kena bercakap bahasa Urdu untuk filem KL ke Bollywood itu. Malah, penerbit juga meminta beberapa pelakon untuk masuk kelas bahasa Urdu agar pertuturan menjadi lancar dan semula jadi,” ujarnya dengan nada teruja.

Membawakan watak sebagai wanita Punjabi dalam filem itu nanti, Raja Ilya turut memakai sari yang menyerlahkan perutnya.

“Tunjuk perut tak ada masalah. Sebab masa berlakon dalam filem Appalam arahan Afdlin Shauki, saya ada memakai sari. Memang trend sari India macam itu,” ujar pelakon berdarah kacukan Melayu, Malayalam, Arab dan Pakistan itu.

Ditipu

Pada masa sama, hatinya ibarat dihiris sembilu tatkala mengenangkan beberapa kali percubaan untuk menembusi pasaran filem Tamil berpengkalan di Tamil Nadu, India, sebelum ini tidak pernah kesampaian.



Bukan apa, Raja Ilya yang fasih berbahasa Tamil dan Urdu itu diberi layanan acuh tak acuh, bahkan turut diambil kesempatan oleh pihak produksi filem Tamil tersebut sehingga membuatkan memori itu masih kekal dalam ingatan hingga kini.

“Saya dapat tawaran berlakon watak polis dalam filem Tamil. Mereka beritahu ada babak antara saya dengan bintang Tamil, Rajinikanth. Pada masa itu, saya memang cukup teruja. Tiba-tiba mereka minta tolong saya carikan sebanyak 20 orang pelakon untuk watak-watak lain. Saya cakap itu bukan kerja saya. Mereka merayu dan meminta saya mencarikannya juga. Saya terima dengan syarat mereka membayar saya tetapi apabila saya minta bayaran mereka mengamuk dan selepas itu terjadinya perbalahan antara kami.

“Pada saya, mereka tidak menghormati artis Malaysia. Mereka tidak melayan saya dengan baik. Situasi di sana sangat berbeza dengan cara kerja orang kita di sini,” luahnya.

Sumber: Bangangberita



Punca Sebenar Pak Yus Jambu Meninggal Dunia Dan Ada Kejadian Aneh Dan Pelik Berlaku Semasa Mengebumikan Arwah... Pasti Anda Terkejut Dan Tak Sangka

Punca Sebenar Pak Yus Jambu Meninggal Dunia Dan Ada Kejadian Aneh Dan Pelik Berlaku Semasa Mengebumikan Arwah... Pasti Anda Terkejut Dan Tak Sangka



Berita terkini punca kenapa Pak Yus Jambu Meninggal Dunia pada 30 November 2015. Pada pukul 12.30 pagi, Pak Yus dari kumpulan Jambu atau nama sebenar Yusryy Edoo yang kini berusia 39 tahun telah disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang akibat sesak nafas. Difahamkan, pemergian Yus Jambu adalah disebabkan serangan sakit jantung yang dialaminya. Info tambahan lagi, Yus Jambu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Untuk info, Yus Jambu adalah seorang yang sangat terkenal menerusi program Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. Yus merupakan Juara Raja Lawak musim pertama dan selalu berganding dengan Tauke Jambu. Semestinya pemergian Yus Jambu adalah amat dirasai. Manakala, jenazah Allahyarham Pak Yus juga akan disemadikan di Perlis pada 30 November 2015.




Biodata Yus Jambu Pelawak Meninggal Dunia 30 November 2015
Nama Sebenar: Yusryy Edoo
Nama Popular: Yus Jambu atau Pak Yus
Umur: 39 Tahun
Tarikh Lahir: 15 Mac 1976
Status: Bujang Belum Berkahwin
Pekerjaan: Pelawak dan Pelakon
Asal: Kangar Perlis
Punca Kematian: Mati Mengejut (Sakit Jantung) susulan sesak nafas
Masa Kematian: 12.15 pagi Isnin 30 November 2015 di Hospital Selayang
Laman Instagram: www.instagram.com/yus_jambu76
Tagline: “Boleh Tuju Lagu” “kicap ada kicap”, “Yaya Toure manchester city”, “apa pun tak boleh”, “kokdiang”, ‘Muka lejen hati cute’
Filem Popular: Hantu Bungkus Ikat Tepi
Kejayaan: Juara Raja Lawak musim pertama dan popular menerusi Kumpulan Jambu di Maharaja Lawak Mega yang turut digandingkan bersama Tauke kumpulan Jambu. Menubuhkan Kumpulan Virus pada Maharaja Lawak Mega 2014 yang disertai oleh Tauke, Yus dan Zizan.


Punca Sebenar Kematian Pak Yus Jambu 30 November 2015
Tauke Jambu sahabat karib Yus Jambu turut mengesahkan Allahyarham Pak Yus meninggal akibat sesat nafas selepas balik daripada menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Foto Kenangan Terakhir Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia
Berikut adalah foto terakhir bersama Yus Jambu pada jam 10.00 malam 29 November 2015 bertempat di Dataran Merdeka KL.


Pak Yus Jambu Meninggal Selepas Menjayakan Program Raja Band
Menyayat hati apabila Program Raja Band yang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang berlangsung pada malam 29 November 2015 adalah event terakhir buat arwah Yus Jambu. Untuk info, Yus Jambu meninggal dunia sebaik sahaja selesai menjayakan program “Raja Band” pada lewat malam Ahad 29 November 2015.



Pengumuman Rasmi Yus Jambu Disahkan Meninggal Dunia 30.11.2015
Afdlin Shauki dan Jihan Muse turut memaklumkan bahawa Allahyarham Yus Jambu telah menghadap Ilahi.



Status Terakhir Allayarham Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia
Sehari sebelum meninggal dunia, Pak Yus sempat  mengucapkan Al-Fatihah kepada Raja Muda Kedah menerusi laman Instagram miliknya.

Gambar Jenazah Pak Yus Jambu Meninggal Dunia 30 November 2015




Gambar Pak Yus Jambu Meninggal Dunia 30.11.2015
Beberapa keping foto menyaksikan pemergian Yus Jambu turut dihadiri oleh rakan artis di Hospital Selayang.















Gambar Sekitar Majlis Pengebumian Allahyarham Yus Jambu 30.11.2015
Allahyarham Pak Yus Jambu telah selamat disemadikan di kampung halamannya di Kangar Perlis selepas selesai solat Zohor. Sebelum itu, jenazah Yus Jambu sempat dimandikan dan disembayangkan di Masjid Nurul Iman, Bintong, Kangar.





Foto Kenangan Pak Yus Bersama Kumpulan Jambu