Monday 30 November 2015

Filled Under:

10 Perkara Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Arwah Yus Jambu

10 Perkara Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Arwah Yus Jambu



Tidak ramai sebenarnya pelawak di Malaysia yang mampu berada dekat di hati rakyat Malaysia. Selain pasaran yang terhad, hakikat bahawa tidak ramai yang mampu menjadi pelawak berkualiti juga menjadi penyebabnya.


Namun dalam golongan yang kecil itu, nama Yus Jambu antara yang mekar dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Justeru tidak hairanlah, pemergiannya ditangisi ramai.

Mari kita imbas kembali perjalanan hidup Yus.

1. Yus, atau nama sebenarnya Yussry Edoo, dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan berasal dari Kangar, Perlis.

2. Mula menceburi bidang seni pada tahun 2001 selepas menyertai pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran sebuah stesen televisyen.

3. Bakatnya mula mendapat perhatian apabila menyertai pertandingan Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007, seterusnya dinobatkan sebagai juara.



Yus dalam program Raja Lawak pada tahun 2007

4. Pada tahun 2011, Yus bersama Tauke membentuk kumpulan Jambu dan menyertai Maharaja Lawak Mega. Mereka berjaya mendapat tempat keempat.

5. Gandingan kedua-dua mereka muncul naib johan Maharaja Lawak Mega edisi 2012.


Kumpulan Jambu dalam satu persembahan pada tahun 2013

6. Pernah dinobatkan sebagai Pelakon Teater Terbaik Kebangsaan pada tahun 2004.

7. Sudah terbabit dalam lebih 20 buah drama dan 11 buah filem.

 Yus Jambu bakal kahwin hujung tahun ini'Virus' nama baru kumpulan 'Jambu'

Pemergian Yus Jambu, rakan artis kongsi kesedihan

8. Antara tagline Yus yang paling mendapat perhatian adalah 'Boleh tuju lagu', 'kicap ada kicap', 'Yaya Toure Manchester City', 'apa pun tak boleh' dan 'kokdiang'.

9. Yus antara artis yang aktif bersama Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC).




0 comments:

Post a Comment