Saturday 5 December 2015

SAYU MENYAYAT HATI!! LUAHAN HATI TMJ SETELAH PEMERGIAN ALMARHUM TUNKU ABDUL JALIL..

SAYU MENYAYAT HATI!! LUAHAN HATI TMJ SETELAH PEMERGIAN ALMARHUM TUNKU ABDUL JALIL..



Kepada adikku yang dikasihi… Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya. Kita semua amat sayang dan rindukan kamu. Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri. Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

—-

To my beloved brother… Out of all the sleepless nights, tonight is the most difficult for me. We all love and miss you so much. You have been the one who always puts a smile on our faces. You are our strength and inspiration. You have the one quality that none of us possess; your humble, loving heart. I love you with all my heart and I miss you dearly. You will never be forgotten. Your name will be carried by my bloodline. Your smile will be my strength. May Allah bless you, little brother. Love you always.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Sumber:JOHOR Southern Tigers





6 Fakta menarik tentang Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor yang ramai tidak tahu!!

6 Fakta menarik tentang Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor yang ramai tidak tahu!!



Tunku Laksamana Johor Tunku Jalil merupakan anak ke-4 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang sering menjadi perhatian ramai terutama rakyat Johor.

Tunku Jalil bersifat berjiwa rakyat dan amat di senangi ramai orang ramai dek kerana keramahan, kemesraan dan senyuman yang terukir di wajahnya.

Berikut adalah fakta menarik mengenai Tunku yang boleh kita ketahui, jom kita intai.

1. Seorang pencinta haiwan antaranya ialah buaya dan juga tapir yang bernama Lucy



2. Pernah bekerja di Zoo di Singapura



3. Tunku pernah menjalani kursus latihan kepolisan selama 9 bulan sekali gus bergelar Inspektor pada tahun 2011



4. Bersahabat baik dengan penyanyi no 1 negara Dato' Siti Nurhaliza dan Nomad



5. Menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini



6. Kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beranah mesra dan bertanya khabar




YA ALLAH SEBAKNYA!. INILAH PUNCA SEBENAR TUNGKU JALIL MENINGGAL DUNIA SEBENTAR TADI...

YA ALLAH SEBAKNYA!. INILAH PUNCA SEBENAR TUNGKU JALIL MENINGGAL DUNIA SEBENTAR TADI...



Al-Fatihah…

Tunku Laksamana di Raja Johor, Tunku Jalil telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi sekitar jam 7.11 petang di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

Tunku merupakan penghidap kanser stage 4. Jenazah dikebumikan esok selepas Zohor di makam diRaja Mahmoodiah.

Salam takziah buat keluarga diRaja Johor kerana kehilangan anakanda diusia muda. Info terima dari Tunku Puan Pahang dan DT.





PANAS!! Penyanyi Aishah Tegur Rancangan Juara Parodi Tribute To Yus Jambu

PANAS!! Penyanyi Aishah Tegur Rancangan Juara Parodi Tribute To Yus Jambu



Penyanyi Aishah yang amat popular satu masa dulu telah melahirkan rasa terkilan dengan program Juara Parodi tribute to Yus Jambu.

Bagi Aishah program itu lebih baik jika dibuat hanya memanfaatkan arwah yus Jambu. Aishah telah memberi teguran secara terbuka tentang hal ini.

Ini komennya:

Hmmm....malam tadi dah terdetik hati dah nak komen,tapi tak nak pulak orang kata kita asyik cari kesalahan orang...rupanya ada yg berfikiran yg sama.....setahu I,di luar negara,utk orang bukan Islam,beginilah cara mereka mengingati si mati,siap nyanyi2,baca puisi...personally,kalau nak buat program begini biarlah byk manfaatnya pada si mati...contoh..mungkin Astro boleh teruskan usaha Arwah Pak Yus dlm membantu sekolah2 ugama dll lain2 charity dan niatkan pahala sedekah itu kepada arwahnya,gitu juga dgn teman2 lain,boleh buat aktiviti amal jariah utk disedekahkan pahalanya pada arwah.Mungkin ada I tak sure kerana I tonton program pun sekerat jalan.Kalau ada Alhamdulillah.Elok juga kalau di akhir rancangan kita ramai2 membacakan doa dan Al Fatihah utk arwah setakat menyanyi2 tu bagi I hanya melayan perasaan yg tinggal....fikirkanlah bersama...Al Fatihah untuk Allahyarham Yussfy Edoo...semoga Allah swt letakkan rohnya di kalangan orang2 yg beriman...



Apapun mari kita doakan arwah Yus Jambu dan sedekahkan Al Fatihah.

Sumber : beritamemey


LUAHAN SAYU MENYEDIHKAN DATUK SITI NURHALIZA ATAS KEMANGKATAN TUNKU JALIL!!

LUAHAN SAYU MENYEDIHKAN DATUK SITI NURHALIZA ATAS KEMANGKATAN TUNKU JALIL!!



Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza turut meratapi pemergian YAM Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil yang mangkat pada malam tadi.

Menerusi twitternya Siti menulis Al-Fatihah ..Perginya seorang peminat DiRaja saya..Patik akan selalu kenang YAM Tunku Laksamana Johor.Terlalu banyak kenangan manis..



Melihatkan status dari Datuk Siti ini terus mengingatkan penulis kepada satu video duet antara Almarhum dan Datuk Siti di dalam sebuah wad di hospital yang mendendangkan lagu Salam Terakhir yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Dalam video pada tahun 2014 itu, Tunku Abdul Jalil dilihat duduk di atas katil sambil berduet dengan Siti dan disaksikan oleh kakitangan hospital tersebut.





Kemangkatan Tunku Abdul Jalil dirasai segenap rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Johor yang tidak putus-putus mengucapkan takziah atas pemergian Almarhum.

Almarhum Tunku Abdul Jalil disifatkan sebagai seorang yang begitu dekat di hati rakyat selain sifatnya yang merendah diri dan tidak putus dengan senyuman.




HAJAT TIDAK KESAMPAIAN!! NOTA TERAKHIR ARWAH TENGKU JALIL

HAJAT TIDAK KESAMPAIAN!! NOTA TERAKHIR ARWAH TENGKU JALIL



Tunku Jalil ialah adinda kepada Tunku Ismail Idris. Beliau ialah anakanda ke empat daripada 6 adik beradik kepada ayahandanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dengan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia.

Saya dalam peringkat mengenali hati budi seorang gadis berhijab, kata Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim, 24, sekali gus menafikan dakwaan seorang selebriti yang mengaku mempunyai hubungan rapat dengannya.

Sebelum ini, anak keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah pernah dikaitkan dengan artis kelahiran program realiti televisyen seperti dicanang wanita berkenaan kepada media, awal tahun ini.

Sekiranya saya ingin memilih pasangan hidup, wanita itu perlu memiliki ciri-ciri istimewa terutama menghormati ibu bapa dan perlu memahami diri saya.

Mengenai gadis berkenaan, dia kini berada di luar negara kerana bekerja di sana, katanya enggan mengulas lanjut mengenai maklumat terperinci mengenai gadis berkenaan dalam satu kenyataannya kepada Metro Ahad.

Al-Fatihah buat Almarhum Tengku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi. 
Semoga Allah mencucuri rahmat dan rahimNya ke atas roh almarhum. Berikut ialah catatan terakhir Tengku Jalil pada 30 November lalu:




Menurut info, jenazah allahyarham akan disemadikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu zohor esok.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu..

Ø¥ِÙ†َّا للهِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ


"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."

Semoga dilimpahi Allah akan rohnya dengan kerahmatan dan belas kasihanNya serta digolong bersama para anbiya', siddiqin, shuhada dan salihin. Al- fatihah.. Aamiinin

"Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia"



SUASANA TERKINI MENGEMPARKAN DI ISTANA BUKIT SERENE

SUASANA TERKINI MENGEMPARKAN DI ISTANA BUKIT SERENE



Suasana di Istana Bukit Serene Kemangkatan YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor


Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang.. Bacaan yassin dan doa mengiringi permergian Almarhum Tunku Abdul Jalil.. Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan kekasih Allah..



kredit : friends of PDRM




‘Love And Miss You’- Kapsyen ringkas tapi sayu Tunku Idris buat Almarhum Tunku Abdul Jalil

‘Love And Miss You’- Kapsyen ringkas tapi sayu Tunku Idris buat Almarhum Tunku Abdul Jalil



Sebentar tadi kita sekali lagi dikejutkan dengan kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil. Perkara sedih ini dikongsi sendiri oleh Tengku Puan Pahang di laman Instagram miliknya.

Menerusi Sinar Harian, Tunku Laksamana Johor dilaporkan mangkat sekitar jam 7 malam tadi. Almarhum dikenali sebagai seorang yang ceria dan merendah diri walaupun menghidapi sakit kanser. Semoga Almarhum dicucuri rahmat dan tergolong di kalangan orang yang beriman.

Tunku Idris memuat naik gambar di Instagram sebentar tadi selepas kemangkatan Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Jalil. Walaupun Almarhum nampak seorang yang ‘happy go lucky’ tetapi sesungguhnya Almarhum memang seorang kuat dan tabah. Takziah kami ucapkan.

Sumber: Ohbulan





AL-FATIHAH...INILAH 3 FOTO TERAKHIR TUNKU JALIL BERSAMA SULTAN JOHOR SEBELUM PEMERGIANNYA

AL-FATIHAH...INILAH 3 FOTO TERAKHIR TUNKU JALIL BERSAMA SULTAN JOHOR SEBELUM PEMERGIANNYA



Al-Fatihah

Tunku Laksamana Diraja Johor, Tunku Jalil telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi sekitar jam 7.11 petang di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

Tunku merupakan penghidap kanser stage 4. Jenazah dikebumikan esok selepas Zohor di makam Diraja Mahmoodiah.

Salam takziah buat keluarga Diraja Johor kerana kehilangan anakanda diusia muda. Info terima dari Tunku Puan Pahang dan DT.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Sumber: Infokini








PAK YUS SEMPAT UJI SEMANGAT SETIAKAWAN AJAK, PINJAM RM5000

PAK YUS SEMPAT UJI SEMANGAT SETIAKAWAN AJAK, PINJAM RM5000



Ini merupakan satu lagi kisah tentang keperibadian arwah Yus Jambu. Kisah ini dikongsikan oleh pelawak Ajak Shiro, slah seorang rakan baik Pak Yus.

Bagi Ajak Shiro, sebelum pemergian Yus Jambu, arwah Yus Jambu sempat menguji tahap persahabatan mereka berdua.

Ini komennya:

“Minggu terakhir sebelum Pak Yus meninggal dunia, dia ada menelefon saya. Katanya ingin meminjam wang sebanyak RM5000. Tanpa banyak soal saya terus meminta nombor akaun bank miliknya agar saya dapat membantu. Pada fikiran saya ketika itu, mungkin Pak Yus benar-benar dalam kesusahan,”

Selepas wang dimasukkan pada hari Rabu, Allahyarham berjanji akan membayar kembali pinjaman itu secepat mungkin. Tanpa disangka, pada hari Khamis Pak Yus meminta nombor akaun bank Ajak dan sebanyak RM4500 telah dimasukkan ke dalam akaun berkenaan sebagai bayaran balik.

“Aku bayar hang lagi RM500 pada hari Jumaat sebab aku dah dapat duit Super Spontan (wang hadiah),” kata arwah Yus Jambu.

Tanpa banyak soal, Ajak Shiro terus bersetuju walaupun tindakan Yus agak pelik. Pada hari Jumaat minggu lepas, Pak Yus menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 di tangan Ajak. Sekali lagi, Ajak terasa pelik tetapi mengambil keputusan untuk berdiam sahaja.

Rupa-rupanya, Arwah Yus Jambu ternyata ingin menguji semangat setiakawan Ajak. Sebenarnya wang hadiah Super Spontan ketika itu sebenarnya masih belum diterima. Perkara itu diceritakan sendiri oleh Tauke Jambu kepada Ajak.

“Tauke ada beritahu saya, Pak Yus ada memberitahunya yang dia ingin sekali berpasangan dengan Ajak jika Tauke tidak lagi bersamanya. Katanya, saya adalah benar-benar seorang kawan kerana sanggup membantunya. Tak sangka Pak Yus sebenarnya hendak menguji saya,” kata Ajak yang masih bersedih dengan pemergian Allahyarham.

Ada satu kejadian yang pernah dilakukan Allahyarham untuk menguji Ajak. Pak Yus memanggil Ajak untuk meminta bantuan kononnya keretanya rosak.

“Saya tanpa banyak soal terus mengikut Pak Yus. Rupa-rupanya kereta yang dimaksudkan adalah sebuah kereta prop,” kata Ajak lagi. Ternyata Pak Yus amat mementingkan setiakawan dan sering menguji orang sekeliling untuk menilai sejauh mana erti persahabatan bagi mereka.



TERIMA KASIH NORA BUAT HUBUNGAN KELUARGA MENTUA SEMAKIN RUMIT- FASHA SANDHA

TERIMA KASIH NORA BUAT HUBUNGAN KELUARGA MENTUA SEMAKIN RUMIT-FASHA SANDHA






Sumber: beritapsiko



Friday 4 December 2015

MESTI BACA!! KENAPA KITA PERLU TUTUP CERMIN DI RUMAH BILA ADA KEMATIAN INILAH JAWAPAN DAN HUKUMNYA

MESTI BACA!! KENAPA KITA PERLU TUTUP CERMIN DI RUMAH BILA ADA KEMATIAN INILAH JAWAPAN DAN HUKUMNYA



Perbuatan pelik, ada jenazah cermin pula ditutup. Menutup cermin-cermin muka dengan kain apabila jenazah ada didalam rumah hampir menjadi kebiasaan masyarakat kita. Timbul juga tandatanya mengapa amalan menutup cermin ini dilakukan apabila ada jenazah didalam rumah, namun memandangkan situasi yang tidak sesuai, persoalan ini selalu disimpan dan akhirnya dilupakan begitu saja.

Namun, bila melihatkan amalan metutup cermin dengan kain ini hampir menjadi kemestian, persoalan ini perlu mendapat penerangan yang jelas. Apa hukumnya dalam Islam perbuatan menutup cermin muka ketika ada jenazah didlam rumah. Berikut ialah maklumat yang perolehi dari sebuah laman soal jawab agama. Wallahualam bissawab

Hukum Menutup Cermin Muka Ketika ada Jenazah di Dalam Rumah

Assalamualaikum ustaz,

Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya.

Terima kasih.

Ini jawapan:

Bismillahi wal hamdulillah,

Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut. Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh Si Mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.

Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati roh tersebut, setiap cermin muka dirumah simati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.

Sumber: myislam451


I TAKTAU NAK BUAT APA KAT SANA!! INI SEBAB KENAPA JOHAN TIDAK HADIR DI TRIBUTE MENGENANG PAK YUS

I TAKTAU NAK BUAT APA KAT SANA!! INI SEBAB KENAPA JOHAN TIDAK HADIR DI TRIBUTE MENGENANG PAK YUS



Kita semua pun tak tahu bahawa geng-geng arwah Yus Jambu seperti Johan, Zizan dan Angah pernah bertanding di Raja Lawak musim pertama. Namun persahabatan mereka kekal dan sangat akrab sehingga lah akhir hayat Pak Yus.

Ramai yang bergegas ke Hospital Selayang selepas terima berita menyedihkan ni dan antara salah sorang yang sempat tatap wajah arwah adalah Johan. Tapi di tribute mengenang Pak Yus semalam tidak kelihatan Johan hadir. Ini sebabnya..

Kali terakhir i mandikan dia tu lah yg i perform utk dia..



Ajak shuben kita pegi.. Dia ckp i xtau nak buat apa kt sana.. kita ckp pegi je lah.. Mungkin bila smp sana u tau apa yg u nak buat jwpan dia syg.. I dpt mandikan dia syg.. Dan i rasa itulah lah perkara yg paling terbaik yg i dpt buat utk dia di kali terakhir i dpt tatap muka dia sblm dia dikebumikan dan i x dpt tgk lg muka dia i nak perform apa lg?? Utk i kali terakhir i mandikan dia tu lah yg i perform utk dia bilik sunyi kembali ???? Pak Yus.. Semoga segala amalanmu dpt membantu mu di sana.. Xde lg org yg nak bergadoh ngan mama.. Bodek ckp mama lawa semata2 nak suh papa tido lewat nak ajak main ps4.. Xde lg la org nak anta ikan pekasam kt mama.. Xde lg org yg mama nk ungkit mana mangga harum manis mama??? Mane kasut adidas mama?? Pakyuih nipu mama jek kan?? Pakyuih kalau nak elak mesti ckp uishhh papa Mama lawa woooo dh xde dah sume tu.. Tenang lah dikau di sana pakyuih.. Ramai yg mendoakan utk pakyuih.. Ya Allah kau tmptkan lah abg kami dikalangan hamba2 mu yg beriman.. Permudahkanlah segalanya buat dia di sana Amin..

Sumber: Instagram jozlynnhanania


PANAS!! (Isu KimK) Ini Komen Terkini Vii Narza, Mangsa Hinaan Fazura

PANAS!! (Isu KimK) Ini Komen Terkini Vii Narza, Mangsa Hinaan Fazura



Kini isu KimK sedang menjadi perbualan hangat di laman sosial. Fazura dilihat cuba mempertahankan bahawa dirinya adalah betul tentang isu 'KimK' itu.

Walaupun memang jelas, wanita yang menulis perkataan KimK itu langsung tidak mahu mengutuknya. Fazura dilihat cuba memalukan wanita itu dan tidak mahu meminta maaf walaupun dia tersalah anggap.

Wanita itu bernama Vii Narza, yang menjadi mangsa hinaan Fazura di laman sosial. Vii memberitahu sebenarnya dia langsung tidak perasan KimK akan disalah erti maksud seperti mencarut.

Wanita yang dikenali dengan nama Vii Narza di Instagram itu berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk memberi komen buruk sedangkan dia sudah lama meminati Fazura sebagai artis kesayangannya.

Ini komen Vii Narza:

"Secara jujurnya KimK yang saya maksudkan adalah Kim Kardashian bukan seperti Fazura faham.

"Saya adalah orang biasa yang meminat dia (Fazura), kenapa saya nak komen buruk pasal gambar tersebut yang dia muat naik," 

Vii Narza akui terkejut apabila komennya menimbulkan kemarahan Fazura sehingga memuat naik gambarnya di laman sosial.

Sementara itu, ditanya sama ada dia akan berjumpa dengan Fazura dalam masa terdekat bagi menjernihkan keadaan, Vii Narza berkata perkara tersebut perlu ditanya kepada pihak pelakon berkenaan.

"Saya tidak dapat nak komen panjang sebab keadaan masih tidak mengizinkan dan tentang saya bersedia untuk jumpa dia, itu kena tanya pihak dia," 

Dalam pada itu, Instagram Vii Narza turut meningkat secara mendadak daripada 300 ke 26,000 ribu pengikut sejak kontroversi berkenaan menjadi viral dan trending di media sosial sejak Rabu lalu.

Kebanyakan pengikut laman sosial menyatakan sokongan mereka kepada wanita itu dan menyelar sikap tidak matang Fazura yang seharusnya mengetahui singakatan nama KimK adalah gelaran kepada artis antarabangsa Kim Kardashian yang sudah lama digunakan.

Sumber: beritamemey



Sayu!! "Wasiat Buat Adikku" ini Bakal Membuat Kita Menangis!!

Sayu!! "Wasiat Buat Adikku" ini Bakal Membuat Kita Menangis!!








"Saya Ralat Dengan Diri Sendiri, Arwah Tak Sempat Nak Berkahwin"-Tauke Jambu

 "Saya Ralat Dengan Diri Sendiri, Arwah Tak Sempat Nak Berkahwin"-Tauke Jambu



#SHAH ALAM: Rancangan khas Juara Parodi bagi mengenang pelawak Allahyarham Yus (Jambu) atau Yussry Edoo, 39, yang meninggal dunia pada 30 November lalu penuh emosi dan air mata...

#Rakan-rakan pelawak dan artis berkongsi pengalaman manis yang masih kuat dalam ingatan mereka sambil diiringi nyanyian daripada peserta Juara Parodi...

#Rakan baiknya, pelawak Tauke atau  Zamatul Amri Zakaria, 39, mengakui minggu terakhir tema barang kenangan adalah merupakan salah satu tanda yang paling dekat sebelum pemergiannya... 

#Tauke berkata, penyanyi Misha Omar yang juga merupakan ahli kumpulan Kobis Pedas yang turut disertai Yus sebelum ini menerima sebuah bingkai gambar yang seolah-olah menggambarkan pemergian Allahyarham...

"Saya duduk di belakang pentas sejak awal tadi kerana tidak mahu orang lihat saya menangis. Kalau kawan-kawan perasan sepatutnya minggu ini tema Juara Parodi adalah minggu kenangan. 

"Ketika Misha Omar terambil barang kenangan yang juga prop berupa sebuah bingkai gambar," ujarnya. 


Dalam pada itu, Tauke berkata, perkara yang masih ralat tidak sempat ditunaikan ialah melihat Allahyarham berkahwin.

--------------
----------


"Apa yang saya tidak sempat lakukan adalan untuk kahwinkan dia. Saya pernah memperkenalkan seorang wanita kepadanya, namun belum ada jodoh," ujarnya.

Dalam pada itu, pelawak Azlee Senario dan Lan Pet Pet menganggap pertemuan semula mereka selepas sama-sama pernah menyertai pertandingan realiti program realiti Sinaran Paspot Kegemilangan pada tahun 2001.

"Kami kenal ketika sama-sama dalam program realiti terbitan sebuah stesen televisyen dan kami sangat rapat, namun selepas itu kami terpisah.

"Saya sentiasa berdoa agar dipertemukan semula dengannya dalam sebuah program dan Allah temukan kami dalam program Juara Parodi walaupun hanya tiga minggu sahaja kami bersama," ujar Azlee.

Sementara itu, pelawak Lan Pet Pet berkata, pemergian Allahyarham merupakan kehilangan seorang sabahat yang banyak mendengar masalah dan menghabiskan masa bersama di kampung halaman mereka di Perlis.

Dalam pada itu, pelawak Ajak Shiro menyifatkan arwah sahabat yang sentiasa merendah diri. Katanya, Allahyarham Yus juga sering bertanya khabar dan menciumnya dari belakang.


------------------
---------------
------------


"Dia sering cium saya di pipi dan leher dari belakang semata-mata nak kenakan janggutnya di leher dan pipi saya.

"Mula-mula memang saya mengelak kerana geli, tapi minggu lalu saya sengaja toleh tempat lain supaya dia cium saya dan tidak sangka itu kali terakhir," ujarnya.

Pelakon Sabri Yunus turut mendedahkan keputusannya untuk berhenti melawak juga dipengaruhi oleh Allahyarham.

Katanya, Allahyarham terlalu menghormatinya sehingga tidak mahu  mengadakan persembahan dan melawak dengannya di pentas.

"Saya berhenti melawak kerana Yus terlalu menghormati saya hingga tidak mahu melawak dengan saya ketika kami sama-sama di pentas.

"Apa yang kami bincangan semua perkara serius sahaja dan dia selalu menceritakan impian-impannya yang tidak kesampaian," ujarnya.

Penerbit Eksekutif Vision Works yang juga juri tetap program berkenaan Afdlin Shauki berkata, kumpulan Kobis Pedas belum lagi membuat keputusan sama ada untuk meneruskan atau menarik diri dalam pertandingan tersebut.

"Tauke dan Misha Omar masih belum membuat keputusan untuk teruskan atau tarik diri dari program ini.

"Kami tidak menghalang apa juga keputusan mereka kerana saya faham mereka sukar untuk meneruskan kerana terlalu banyak kenangan dengan arwah," ujarnya.

Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi pada 30 November lalu.

Jenazah  dikebumikan  di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.

Juara Parodi turut dibintangi Zero, Mawi, Shuib, Mark Adam, Sam Bunkface,  Zoey, Shuk, Zahid, Zulin Aziz, Sherry Al-Hadad, Tomok, Rahim, Ajak, Datuk Hattan, Waris, Abam, Fad Bocey, Firman,  Azlee Senario, Lan Pet Pet, Black dan Achey.

Program Juara Parodi bersiaran setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (Saluran132) dan Mustika HD (Saluran 134).

sumber: Mstar



Kecoh! Pilihan Hati Wak Doyok Janda!

Kecoh! Pilihan Hati Wak Doyok Janda!



Selepas isu Wak Doyok Sudah Punya Teman Istimewa? Adakah Wak Doyok mula memberikan petunjuk siapakah wanita pilihan hatinya? Di instagramnya,beliau kerap memuat naik foto bersama seorang  bekas personaliti tv3 iaitu Azrinaz Mazhar Hakim.

Wak Doyok atau nama sebenarnya  ialah Tengku Muhammad Azwan Shah. Beliau merupakan ikon fesyen serta pengusaha jenama fesyen The Garment dan bukanlah artis popular sebaliknya namanya menjadi sebutan kerana penampilannya berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Bermisai dan berjanggut tebal, serta mempunyai aura maskulin era Inggeris 60-an apabila berpakaian.

Kami sertakan beberapa foto mesra bersama  Azrinaz Mazhar Hakim.







Mungkinkah mereka hanya kawan rapat atau sebaliknya?? Ditambah lagi mereka sering dilihat keluar bersama- sama tidak kira di restoran atau kafe. Yang pastinya lokasi memang tidak diketahui oleh umum.

Salah satu foto yang di muat naik di instagramnya baru-baru ini menarik perhatian kami apabila kapsyennya berbunyi ” menemani orang sebelah yang demam makan tomyam di tengah malam”. Sweet sangat!



Sesuai dengan populariti yang dikecapinya kini, ikon media sosial, Wak Doyok sudah pun mengeluarkan produk menggunakan jenamanya sendiri beberapa bulan yang lalu.

Produk pelebat bulu yang dikenali sebagai Krim Jambang Wak Doyok bukan saja diilhamkan bagi melebatkan jambang untuk golongan pria, malahan juga berupaya melebatkan bulu di bahagian lain seperti di bawah lengan, rambut, bulu dada dan tempat lain.  Ramai artis-artis telah menggunakan produk beliau dan antara salah satunya adalah Sharnaz Ahmad.