Wednesday 2 December 2015

Filled Under:

SAYU!! ANAK LUAH RASA SEDIH MARIANI TIDAK MENERIMA SEBARANG ANUGERAH DALAM INDUSTRI SENI?

SAYU!! ANAK LUAH RASA SEDIH MARIANI TIDAK MENERIMA SEBARANG ANUGERAH DALAM INDUSTRI SENI?



Anak kepada seniwati Mariani iaitu Rozita Rohaizat terkilan kerana ibunya meninggal dunia tanpa menerima sebarang anugerah dalam industri seni tempatan.

Rozita berkata, walaupun Allahyarham Mariani tidak pernah meluahkan tentang hal tersebut, namun dia percaya adalah menjadi kemahuan ibunya itu untuk menerima anugerah penghargaan sepanjang 63 tahun bergelar anak seni.

“Dia telah banyak berkorban demi kerjaya seni yang dicintainya sehingga ke akhir hayat. Tak pernah demand apabila.mendapat tawaran. Malah tengah sakit-sakit pun tetap bekerja kerana tidak mahu menghampakan orang,” katanya.



Sementara itu, seorang lagi anaknya, Melissa Saila berkata, dia bersyukur apabila hajat ibunya yang ingin menziarahi studio Jalan Ampas Singapura, iaitu tempat dia memulakan kerjayanya sebagai pelakon dapat dilaksanakan.

“Selepas disahkan menghidap kanser usus, mummy berhasrat mahu ziarah tempat kerja lamanya. Alhamdulillah pada Mei lalu, saya menunaikan permintaannya dan ketika sampai di sana, dia pula jadi ‘tour guide’ bercakap tentang apa yang ada di sana selain aktiviti-aktiviti hariannya ketika di zaman mudanya dulu.

“Apa-apapun, saya bersyukur mummy mampu hidup sehingga usia ini sedangkan tak ramai mampu bertahan selepas usia 60 tahun,” tuturnya.




0 comments:

Post a Comment