Wednesday 2 December 2015

Filled Under:

PANAS!! ISU STICKER RENDANG PAK NIL PERTAHANKAN AZWAN ALI

PANAS!! ISU STICKER RENDANG PAK NIL PERTAHANKAN AZWAN ALI



SEMALAM kita dikejutkan dengan isu Fazura yang marahkan peminatnya di Instagram. Hari ini pula, kita digegarkan lagi dengan video Azwan Ali ataupun nama manjanya Diva AA yang mengamuk dengan peminat fanatik Datuk Aznil Hj Nawawi (Pak Nil).

Isu berpunca apabila peminat Pak Nil seakan-akan memperlekehkan Diva AA sebagai tidak mampu untuk mendapatkan sticker sendiri. Diva AA yang berang dengan kenyataan berkenaan bertindak merakamkan video di akaun Instagramnya dengan memarahi peminat Pak Nil seterusnya membuang sticker yang diberikan ke dalam tong sampah.

Diva AA Mengamuk, Buang Sticker Rendang Pemberian Pak Nil

Pak Nil memberikan sticker kepada Diva AA sebagai tanda persahabatan bagi tujuan mempromosikan bisnes rendang yang dijalankan oleh Diva AA.

Turut berang dengan tindakan peminatnya, Pak Nil telah mempertahankan Diva AA menerusi satu pos di akaun Instagram yang meminta agar mereka jangan mengganggu kehidupan Diva AA dengan meninggalkan komen yang melukakan hatinya. Selain itu, Pak Nil juga meminta mereka agar berhenti melaga-lagakan dirinya dengan sahabat baiknya itu. MYNEWSHUB.CC

Oleh: SyafikJalil

http://www.mynewshub.cc/wp-content/uploads/2015/12/AtBZLzfs0BzCXAF-VPDZ7yXs1YBBu6Pzsn7IblJfyaFa.mp4

Sumber: mynewshub




0 comments:

Post a Comment